Sunday, October 2, 2011

Terima Kasih 25 Manusia-Manusia Berjasa

Sedar tak sedar dah hampir sepenggal (setahun) pegang jawatan Presiden Kelab. Sampai sekarang tak pernah lupa macam mana aku mula bertapak dekat kelab ni. Kalau tanya aku kenapa masuk Wawasan, secara jujurnya aku akan cakap sebab fasi aku dulu budak Wawasan. Tu je ! Bukan sebab aku betul betul minat, masa akak yang kasi penerangan pasal kelab ni bukannya aku dengar pun. Yang penting aku dapat goodies bag yang dia nak kasi tu.

Tapi alhamdulillah dah hampir tahun ke 4 aku bersama dengan Wawasan. Sejak dari kepimpinan Abg Pian sampai sekarang. Ingat lagi, orang pertama aku kenal bila masuk Wawasan is Azan ! Kenal masa kat AF 3! huehue masa tu aku pergi program sorang sorang tahuu. kau banyangkan aku tak kenal pun sapa sapa, rasa macam nak balik tido lagi best. Tapi Allah kuatkan semangat aku, bila dia temukan aku dengan azan. wkakaka bunyi macam gay. takdelah, just azan tetiba datang duduk satu meja dengan aku, dalam hati aku cakap "asal budak ni sibuk nak duduk sini, meja sana banyak kosong lagi kot" nampak tak betapa anti sosial nya aku dulu. hahaha

Lepas AF, terus sambung dengan K fasi. ingat lagi batch time tu ada zarra, ifna, tasha, izwah, azan, duncan, fiena, ira, tasha dan sapa lagi tak ingat. Masa tu yang join K fasi ialah selected people tak silap. Ingat lagi tak kita buat persembahan wehh, aku tak ingat dah tajuk apa tapi dapat tepukan gemuruh. You know what, walaupun baru kenal tapi dapat ngam, and we did prepared untuk persembahan tu couple hours before majlis penutup. Hebat kan ? biasa lahh. hahaha

Selain Wawasan aku active jugak dengan tiga lagi kelab lain (kelab apa biarlah rahsia) tapi apa yang buat aku tertarik nak terus stick dengan Wawasan lepas tu ? Entahlah, aku tak tahu. Hati macam dah ditakdirkan untuk pergi next program Wawasan lepas tu. Aku kenal ramai sangat orang, habis kepimpinan Abg Pian tukar dengan kepimpinan Ayet. Masa kepimpinan Ayet, alhamdulillah aku dapat jadi Exco Informasi 3. Barisan Kepimpinan pertama aku join. Aku expect geng2 K - Fasi pon sama join untuk interview tapi end up tasha dengan ein je yang join interview. Aku pun tak sangka yang mula mula aku akan terpilih jadi exco, aku cuma go with the flow je. Lepas tu aku jadi Exco Informasi 2 bawah Pres boy - Ijat Nawi. Time Ayet dulu aku pun hampir hampir nak tarik diri dari jawatan exco sebab aku tak dpt join sangat masa tu, tapi kak Farra and Kak Aiza time tu suruh jugak aku stay sebab dia cakap sayang kalau lepas macam tu je, akid ada harapan cerah. Harapan apa aku tak tahu lah.

Aku ingat lagi aku kena buat buletin time ayet. Aku dengan tak tahu macam mana nak buat and tak tahu nak tanya sapa aku buat jugak. Sampai first buletin Wawasan yang dah lama gila tak dikeluarkan berjaya diterbitkan, aku rasa bangga sangat time tu sebab aku buat dengan hasil titik peluh idea aku sendiri and guess what ? Ayet puji buletin tu :)

Paling paling aku ingat main tarik tarik beg lepas habis AF 4 ! Ni semua Tasha punya keje la ni ! Naik lif ramai ramai pastu gelak kuat kuat dalam lif ! Rindu :')

Dan sekarang lepas 4 tahun aku jadi Presiden Kelab memimpin 25 manusia yang ada aku kenal and ada yang aku tak pernah kenal. Yang aku tak pernah terfikir langsung nak berada kat tempat sekarang ni. Serius, aku tak pernah pun target untuk jadi apa yang aku jadi sekarang. Alhamdulillah, ni semua sebab kepercayaan dan peluang yang diberi.

Aku tak berani cakap yang aku dah bawak Wawasan ni ke satu dimensi baru tapi percayalah apa yang aku target dari awal tu sedikit demi sedikit berhasil. Dan semua ni takkan tercapai tanpa sokongan dan bantuan 25 manusia manusia berjasa.

Barisan Kepimpinan Kelab Wawasan Sesi 2010/2011
|Tasha | Fahmi | Azi | Nizam | Am | Ija | Ros | Syu | Ija spongie | Nazren | Zhafir | Jep | Hery | Anip | Ein | Yus | Kevin | Apis | Afiq | Megat | Adda | Ida | Tash Nan | Nas | Zaff |


Memang, aku tahu sepanjang kepimpinan ni aku banyak membangkang, tak puas hati, bermasam muka. Tapi percayalah apa yang aku buat ni semua nya untuk kebaikan kelab. Aku pasti satu hari nanti kalau korang ada kat tempat aku pun akan buat perkara yang sama macam aku buat. Tapi satu je untuk segala yang dah kita lalui, segala gaduh dan yang paling penting Gelak Tawa yang tak pernah tak ada dalam setiap program dan meeting, aku ucapkan Terima Kasih banyak banyak.

For sure, ada yang tak puas hati tapi aku harap semua tu tak simpan dalam hati la ye. Aku tahu ada yang stress tak kurang terpaksa buat kerja, ada yang last last minute kena buat kerja tapi aku harap apa yang korang dah terlibat tu menjadi kenangan penting korang dekat uniten. Kadang kadang malas tahu nak layan perangai sorang sorang ni. Nak layan sorang sorang boleh senak perut gelak. Aku boleh cakap, takde sorang pun dalam Barisan Kepimpinan yang tak pernah tak buat lawak, yang sepanjang kerja tak bole nak serius asyik nak gelak je !

Aku selalu tak sabar and excited setiap kali nak tunggu or kalau ada apa apa program yang Wawasan buat, atau meeting sekalipun. Aku tak sabar nak jumpa korang, sebab dekat muka muka korang ada bahagia dan seronok yang aku tak bole dapat kat mana mana.

Sapa yang bole lupa Azi yang suka layan kebengongan aku, dengan ayat msg dia nak inform meeting siap nak bertema bagai, Am yang buat aku gelak bila aku bangun tido masa move kat SEMESRA, Hery yang selalu update and tanya aku itu ini especially masa dia jadi KP KRK, Megat dengan joget dia masa MPP, Ija dengan excited dia bila ada something best, Ros yang suka panggil aku budak sekolah, Adda dengan mulut kepoh dia yang suka sangat buat lawak, Tasha and Fahmi yang paling banyak tolong aku, ingatkan aku itu ini, bincang itu ini yang berkongsi stress tension aku sedih aku, Yus yang tak pernah serius bila meeting, Hery dengan Ros yang suka borak masa meeting, Syu dalam diam diam tapi banyak gossip, Ija salim yang selalu tanya Akid okay ke tak, Nizam dengan STTK dia, Apis Anip Kevin Afiq yang gila gila especially time KRK, Jep yang selalu tanya update time dia LI, Ein dengan gelak dia yang nyaring yang bila aku dengar aku bole gelak tiba tiba, zhafir yang senyap senyap dia tapi bole tahan sengal jugak tu belum masuk cerita nazren, zaff, nas, ida and lain lain lagi. Banyakkk. Setiap sorang dengan karenah masing masing. Setahun macam tak cukup nak kenal dengan lebih dalam sorang demi sorang. Setahun macam tak cukup untuk aku kumpul segala kenangan kenangan ni.

Meeting terakhir tu meeting paling sebak. Penuh dengan emosi bak kata Ros. Aku dah risauu dah, aku taknak menangis. Aku nak meeting ni habis dengan gembira. Nasib baiklah ye semua pun buat lawak, ye orang tengah sedih sedih pun bole buat lawak lagi untung ada exco macam tu. Sayangnyaaa aku kat Wawasan tak bole nak cakap, Wawasan tu umpama nyawa aku kat Uniten. Bila aku sedih, bila aku sorang aku cari budak budak ni ajak pergi basikal kat botani ke jalan jalan ke. Lepak dengan setiap orang kat Wawasan macam ubat tension. Kau tak perlu jumpa doktor, kau lepak dengan dorang pun dah cukup.

Aku suka tanya update keje masa meeting. Sebenarnya aku taknak dengar pun. Sebab aku tahu apa yang korang dah buat. Saja aku nak delay meeting jadi lama, sebab aku nak bersama korang lebih lama. Terharu tak ? :p lepas meeting pergi lepak makan ramai ramai, gossip itu ini. Akan datang, ada lagi ke macam ni ? sebab aku tahu benda benda macam ni lah yang akan buat aku rindu satu hari nanti. Wawasan terlalu peribadi untuk aku. Dan barisan kepimpinan aku pun terlalu peribadi untuk aku, aku bertuah sebab dikurniakan team TERBAIK untuk aku bersama sama aku gerakkan Wawasan.

Ada yang mintak aku sambung lagi untuk next kepimpinan, bukan aku taknak. Aku terharu sebab ada yang masih nak aku jadi Presiden walaupun aku selalu buat korang tak suka aku. hehe tapi cukuplah setahun aku pegang, aku nak Wawasan bergerak maju dengan idea idea baru dari orang orang baru. Aku masih bole beri dan curahkan segala pengalaman aku untuk kepimpinan baru akan datang.

AGM minggu depan, dan sekarang aku sedang menikmati hari hari terakhir aku sebagai Presiden 2010/2011. Sedih nak tinggalkan Wawasan tapi dalam masa yang sama aku tak sabar nak turun. haha Aku harap generasi baru boleh buat yang lebih baik dari apa yang aku dah buat sekarang ni. Aku dah kukuhkan balik dari segi pengurusan, aku harap korang bawak Wawasan ni lebih dari apa yang Wawasan ada sekarang. Tahun depan Wawasan dah 10 tahun, Wawasan bagi aku dah capai satu tahap yang agak kukuh kat Uniten. Wawasan ni macam trend setter, ramai yang cuba nak tiru kita tak kurang yang cuba nak jatuhkan kita. Ramai orang yang cemburu tak kurang yang dengki dengan kita. Walaupun anasir anasir tu tetap ganggu kita, kita tak pernah goyah dan aku rasa kita makin semangat dan kuat. Banyak yang dah kita korbankan untuk Wawasan, dan aku harap banyak lagi pengorbanan bole dibuat untuk jadi lebih baik.

Ada sesetengah tu kita cuba untuk lepaskan sebab kita nak fokuskan ke satu matlamat yang lebih baik. Ingat macam mana kita lepaskan trofi ahli teramai Bazar Sept intake baru baru ni ? Biarlah apa yang orang nak kata dan cakap, kita dan MPP sahaja yang tahu apa yang terjadi :) Kita pernah dapat ahli teramai yang mana mana kelab tak pernah capai, hampir 500 orang pelajar baru dalam dua malam ! Masa tu KP Bazaar sapa tah tak ingat, eh aku lah tu. hahaha

Aku nak ucapkan Terima Kasih sekali lagi kepada 25 Manusia Manusia Berjasa, entah perkataan apa lagi yang bole aku sebutkan untuk aku hargai segala semangat korang, tunjuk ajar korang, kegigihan korang, penat lelah korang, pengorbanan korang dan kerjasama korang selama ni. Seronok sangat dapat kenal and bekerja dengan korang. Tuhan saja dapat balas jasa jasa korang ni :')

Aku ucapkan Selamat Berjaya kepada kepimpinan baru yang akan datang ! Aku sayang korang, aku sayang Wawasan. Semoga semangat Wawasan terus ada dalam setiap hati kita, dan semoga tali persahabatan yang terbina ni tetap kita jaga sampai akhir nanti. Tolong jangan lupakan aku untuk program program akan datang :)

p/s : terharu dengan ija sebab masih setia and nak bawak Wawasan lagi. Terima Kasih Ija, Akid tahu Ija and the team akan datang bole berjaya dan jadi lebih baik dari apa yang ktorg buat sekarang. Tolong jangan kuburkan Wawasan macam tu je ok ? 1 Wawasan, 1 Famili, 1 Sahabat.

















akan dirindui :')

1 comment:

Jazica Albek said...

bergenang ayaq mata aku weh. hahah :p